Firman ALLAH “Sesuatu yang telah di tentukan ALLAH pasti
akan datang,maka janganlah kalian minta untuk disegerakan… .”(An-Nahl :1).
Oleh kerana itu,
janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi.Apakah anda mahu
mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan
sebelum masak?. Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat di raba,
belum tentu wujud dan tidak memiliki rasa dan warna. Lalu,mengapa kita harus
menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan kesialan-sialan yang mungkin
akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya,
meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya?Bukankah kita juga tidak
tahu apakah kita akan bertemu dengannya ataupun tidak dan apakah hari esok kita
akan berwujud kesenanangan dan kesedihan?
Yang jelas,hari esok
masih ada dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kta
menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu
bahawa kita akan sampai atau tidak pada jambatan itu? Boleh jadi kita akan
terhenti jalan kita sebelum sampai ke jambatan itu atau mungkin pula jambatan
itu akan hanyut terbawa arus terlebih dahulu sebelum kita sampai di atasnya.
Dan boleh jadi pula kita akan sampai pada jambatan itu dan kemudian akan
menyeberangi. Dalam syariat, memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan
masa hadapan dan membuka-buka alam ghaib dan kemudian terhanyut dalam
kecemasan-kecemasan yang baru di duga darinya adalah sesuatu yang tidak di
benarkan. Kerana hal itu adalah termasuk dalam thulul amal (angan-angan yang
terlalu jauh). Sesungguhnya tindakan itu pun tidak masuk akal kerana sama
halnya dengan berusaha perang melawan bayang-bayang. Namun kebanyakan manusia
di dunia ini justeru banyak yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang
kelaparan,kemiskinan,wabak penyakit dan krisis ekonomi yang khabarnya akan
menimpa mereka.Padahal semua itu hanyalah sebahagian dari kurikulum yang di
ajarkan di “sekolah-sekolah syaitan”.
ALLAH berfirman“Syaitan menjanjikan
(menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan
(kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan
Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.. (Al-Baqarah:268).
Mereka yang menangis
sedih menatap masa hadapan adalah yang menyangka diri mereka akan hidup
kelaparan, menderita sakit selama setahun dan memperkirakan umur dunia ini
tinggal seratus tahun lagi.Padahal orang sedar usia hidupnya berada di
“genggaman yang lain” tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak
ada. Dan orang yang tidak tahu bila akan mati tentu salah besar bila justeru
menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak ada.Dan orang yang tidak tahu bila
akan mati tentu akan salah besar bila justeru menyibukkan diri dengan sesuatu
yang tidak di ketahui secara pasti hakikatnya.
Biarkan hari esok itu
datang dengan sendirinya. Janganlah anda menanyakan khabar beritanya dan jangan
pula anda menunggu waktu itu. Sebab hari ini anda sudah sangat sibuk. Jika anda
hiraukan, maka lebih menghiraukan lagi orang-orang yang berani menebus
kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan
bersedih pada hari ini. Oleh kerana itu, hindarilah angan-angan yang
berlebihan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar